Instagram Membolehkan Gambar Dipertontonkan Dalam Bentuk Galeri – Terhad Untuk Pengiklan Buat Masa Ini

Instagram Membolehkan Gambar Dipertontonkan Dalam Bentuk Galeri – Terhad Untuk Pengiklan Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Instagram sedia terkenal dengan penawaran perkongsian gambar, dimana pengguna boleh menyunting gambar terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan rakan lain, dan hanya satu gambar sahaja dipaparkan pada setiap perkongsian. Kini, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila kini pihak Instagram memperkenalkan sokongan baru untuk pengiklan.

Intagram Galeri

Melalui sokongan baru ini, pengiklan boleh menambah beberapa gambar pada setiap perkongsian, dan pihak Instagram akan memperlihatkan beberapa titik dibawah gambar berkenaan – menandakan ia boleh ditatal dan lebih daripada satu gambar disertakan.

Selain daripada itu, mereka juga dilihat menyertakan sebuah butang berbentuk pautan pada iklan, yang boleh diklik dan ia membawa kepada web milik pengiklan – tetapi dalam bentuk wrapper didalam aplikasi – sekaligus tidak memerlukan pengguna meninggalkan aplikasi Instagram untuk melihat iklan berkenaan.

Fungsi baru ini diperkenalkan untuk para pengiklan sahaja buat masa ini. Pengiklanan pada Instagram sendiri masih baru, dan kami agak jarang menjumpainya – mungkin juga kerana ia masih menumpukan pasaran barat sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN