NVIDIA Memperlihatkan GPU Berkuasa Tinggi Baru – GeForce GTX TITAN X

NVIDIA Memperlihatkan GPU Berkuasa Tinggi Baru – GeForce GTX TITAN X

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Dengan beberapa pengumuman berkaitan arena permainan, pihak NVIDIA turut tidak ketinggalan dalam menarik perhatian ramai, dan telah memperlihatkan secara ringkas kad grafik terbaru mereka, iaitu GeForce GTX TITAN X.

NVIDIA Titan X

Info penuh berkenaan dengan GPU terbaru ini masih tidak dikongsikan oleh pihak NVIDIA buat masa ini, dan dijangka akan dikongsikan dalam masa lebih kurang dua minggu lagi.

Apa yang dikongsikan oleh pihak NVIDIA buat masa ini hanyalah mengatakan TITAN X dibina berasaskan kepada Maxwell architecture, dilengkapi dengan lebih kurang lapan bilion transistor, dan dilengkapi dengan 12GB VRAM.

NVIDIA mengatakan arena realiti-maya berkembang pesat, dan memerlukan penyelasaian grafik berkuasa tinggi, yang dibawakan oleh pihak NVIDIA ini. Salah satu permainan yang menggunakannya adalah “Thief in the Shadows” dan dijalankan secara eksklusif pada prototaip Oculus.

Pihak NVIDIA menjadualkan acara persidangan mereka dalam masa lebih kurang dua minggu lagi, dan kita akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenainya ketika itu.


TIPS & ULASAN