Pengeluaran iPad Bersaiz 12.9-inci Hanya Dijangka Bermula Sekitar September Kelak

Pengeluaran iPad Bersaiz 12.9-inci Hanya Dijangka Bermula Sekitar September Kelak

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Pelbagai desas-desus telah kedengaran sebelum ini, mengatakan Apple bakal hadir dengan iPad bersaiz 12.9-inci pada suku pertama 2015 ini. Dengan pihak Apple yang menjadualkan sebuah acara media pada minggu hadapan, kini laporan baru daripada pihak Bloomberg hadir, mengatakan peranti tersebut telah ditangguhkan pengeluarannya.

Menurut Bloomberg, Apple terpaksa menangguhkannya kerana terdapat beberapa kekangan untuk pengeluaran panel paparan untuknya.

iPad pada hari ini menghadapi cabaran daripada pelbagai jenama lain di pasaran, dan pihak Apple sendiri dibawah Tim Cook telah mengumumkan kerjasama dengan IBM – sekaligus membawa kepada spekulasi, mengatakan berkemungkinan tablet baru ini mungkin menyasarkan pengguna perusahaan dan bukannya pengguna umum.

Jika hal ini benar, maka kita akan dapat melihat pengumuman pada minggu hadapan lebih memfokuskan kepada Apple Watch – melainkan pihak Apple mempunyai kejutan lain.


TIPS & ULASAN