NetPAC : Server Komputer Mudah Alih

NetPAC : Server Komputer Mudah Alih

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

netPAC

Apabila bekerja di luar pejabat, penggunaan komputer riba ialah sesuatu yang biasa kita lihat. Komputer riba yang kompak mudah dibawa kemana-mana berbanding sebuah komputer desktop. Tetapi bagi sebilangan kecil pengguna komputer riba yang ada di pasaran tidak memenuhi keperluan mereka kerana tidak mempunyai kemampuan memproses yang secukupnya. Oleh itu server komputer NetPAC dihasilkan oleh ACME Portable. Ianya server mudah alih lengkap dengan monitor 17 inci dan diperkasakan pemproses Intel Xeon. Sebuah papan kekunci penuh juga terbina pada bahagian sisi komputer ini. Ia menyokong storan dalam SSD sehingga 16 Terabyte, HDD sehingga 32 Terabyte serta sokongan rangkaian 4G LTE. Terdapat juga versi yang menggunakan pemproses Intel Core i7. NetPAC dihasilkan khas untuk kegunaan industri tetapi pada hemat kami sekiranya wujud rekaan sebegini untuk penggunaan seorang gamer ianya juga pasti mendapat sambutan. Lebih mudah untuk menghadiri sesi kenduri LAN bersama teman-teman. Satu-satunya casing mudah alih yang pernah kami lihat sebelum ini ialah Fang Battlebox keluaran CyberpowerPC. Tetapi casing komputer mudah alih tersebut tidak mempunyai papan kekunci dan monitor terbina.

netPAC-2


TIPS & ULASAN