Cari @ Amanz

IKEA-Qi-Wireles-2

Selain mengeluarkan bebola daging Sweden yang enak, IKEA juga terkenal dengan perabot dengan rekabentuk moden mereka. Perabot mereka menjadi pilihan golongan muda kerana dijual pada harga mampu milik dan mudah dipasang. Kini IKEA mengeluarkan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina. Ianya akan mula dijual pada bulan April depan di pasaran Eropah dan Amerika Utara sebelum dijual ke pasaran dunia. Buat masa ini koleksi perabot pengecasan tanpa wayar terbina terhad kepada beberapa meja dan lampu tidur. IKEA menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar Qi kerana ianya disokong oleh Nokia, HTC, Samsung dan juga peranti Nexus. Selain daripada itu cangkerang peranti pintar (iPhone dan Samsung) serta kit pengecas tanpa wayar juga bakal dikeluarkan. Kit ini boleh dipasangkan pada perabot IKEA yang sedia ada. Pengecasan tanpa wayar menurut IKEA dapat mengurangkan masalah wayar yang tersimpul dan kelihatan lebih kemas.

Ikea-QI-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd