Alcatel Memperkenalkan Idol 3 Yang Hadir Dengan Dua Mikrofon Dan Speaker – Atas Dan Bawah

Alcatel Memperkenalkan Idol 3 Yang Hadir Dengan Dua Mikrofon Dan Speaker – Atas Dan Bawah

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Alcatel sedia terkenal dengan penawaran peranti mereka pada harga rendah. Pada Mobile World Congress 2015, mereka turut sama telah mempertontonkan sejumlah produk mereka, termasuk salah satunya adalah Alcatel Idol 3 yang mana boleh digunakan secara terbalik untuk menjawab panggilan telefon tanpa perlu melihat kepada keadaan skrin terlebih dahulu seperti peranti lain.

Alcatel menjayakan perkara ini dengan penggunaan dwi-speaker dan mikrofon yang diposisikan pada speaker atas dan juga pada speaker bawah.

Alcatel Idol 3

Alcatel Idol 3

Dua variasi saiz ditawarkan oleh pihak Alcatel, iaitu pada skrin bersaiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Versi 4.7-inci hadir dengan skrin pada paparan 720p, cip empat-teras, memori 1GB RAM bateri berkapasiti 2000mAh, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Versi phablet atau yang menggunakan skrin 5.5-inci pula membawakan paparan pada resolusi 1080p, cip lapan-teras, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti hampir 3000mAh.

Kedua-dua peranti ini menjalankan Android 5.0 Lollipop, serta dilengkapi antaramuka khusus daripada Alcatel. Alcatel juga turut melengkapkan ia dengan sokongan audio JBL, dan turut menggunakan kelebihan dwi-speaker pada bahagian hadapan untuk memainkan media.

Harga jualan tempatan dan tarikh jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Bagi anda, adakah pengenalan mikrofon pada bahagian atas dan bawah ini akan menjadi salah satu titik tolak untuk mendapatkan peranti ini?

Alcatel Idol 3

Alcatel Idol 3


TIPS & ULASAN