Cari @ Amanz

Pada hari ini terdapat sejumlah muzium di seluruh dunia – menyentuh pelbagai jenis topik berbeza. Terbaru, di Dubai yang sedia terkenal dengan bangunan Burj Khalifa yang antara tertinggi di dunia, mereka kini merancang untuk membina sebuah muzium masa-depan, atau dinamakan oleh mereka sebagai Museum of the Future.

Muzium Masa Depan

Muzium tersebut dijangka akan dibuka sekitar tahun 2017 kelak, dan padanya, mereka akan memperlihatkan sejumlah idea dan prototaip futuristik. Menurut Perdana Menteri UAE, mereka bakal menjadikannya sebagai salah satu inkubator untuk idea dan juga rekaan sebenar, sekaligus melahirkan lebih banyak inovasi baru melaluinya.

Muzium berkenaan menggunakan moto “Lihat Masa Depan, Cipta Masa Depan”, dan rekaan bangunan tersebut sendiri agak menarik dan pada masa yang sama agak pelik.

Jika ia dilancarkan kelak, tidak mustahil untuk kita melihat lebih ramai pelabur tertumpu ke UAE dalam usaha mendapatkan pelbagai idea dan inovasi baru, selain pada masa yang sama melaburkan dana dalam membangunkan pelbagai idea-idea baru yang menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd