Carian
MWC 2015: Lenovo S60 – Rekaan Seumpama iPhone 5C, Kamera 13MP, Snapdragon 1.2 GHz 64-Bit
March 6, 2015 Ikhwan Nazri

Pada acara Mobile World Congress juga pelbagai pengeluar telefon pintar menampilkan model telefon mereka. Sekiranya Lenovo S90 telahpun diketahui dan hadir ke pasaran tempatan pada bulan lepas, mereka juga turut mengeluarkan Lenovo S60, dengan rekaan seumpama iPhone 5C.

Lenovo S60
Skrin 5-inci 1280 x 720
Pemproses Snapdragon 410 1.2GHz Quad-core 64-bit
Memori 2 GB RAM
Storan 8 GB + kad mikro-SD
Kamera Utama / Depan 13MP / 5MP
SIM/Telefoni 2 SIM
Bateri 2,150 mAh

Dari segi kemasan badan, ia menggunakan badan plastik polikarbonat dengan kemasan permukaan yang licin berkilat serta mempunyai pilihan warna seumpama iPhone 5C. Rekaletak butang dan juga slot kad SIM dan Mikro-SD turut mempunyai rekaan yang sebegitu, memerlukan jarum untuk mengeluarkannya dan menampilkan rekaan Unibody.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2 GHz empat-teras 64-bit, memori 2GB RAM, kapasiti storan 8GB dan boleh ditambah menggunakan slot kad Mikro-SD. Dari segi kamera, ia menggunakan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP serta mempunyai bateri 2,150 mAh. Telefon ini juga mempunyai paparan 5-inci  dengan sokongan dwi-SIM. Dari segi paparan, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1280 x 720 dan beroperasi menggunakan Android KitKat dan dikatakan boleh dinaiktaraf kepada Android Lollipop di kemudian hari.

[amanz-gallery]

Buat masa ini kami tiada sebarang informasi berkenaan peranti ini di pasaran tempatan namun sekiranya anda telah menjumpainya di kedai-kedai berhampiran, kongsikan maklumat tersebut bersama dengan kami seperti pembaca kami terdahulu untuk Lenovo S90.

Komen