Cari @ Amanz

PlayStation 4 Edisi Khas MGS V : The Phantom Pain Diperlihatkan

Link Copied!

PS4-MGS-V

Semalam tarikh pelancaran Metal Gear Solid V : The Phantom Pain diumumkan oleh pihak Konami. Hari ini PlayStation 4 edisi khas permainan ini pula diperlihatkan. Konsol yang dahulunya bewarna hitam kini mempunyai panel atas bewarna merah dan belang emas menyerupai tangan bionik Venom Snake. Alat kawalan pula gina berwarna kelabu gun metal.  Logo Diamond Dogs juga boleh dilihat pada sisi konsol dan alat kawalannya. Tiada harga ataupun tarikh pelancaran rasmi diumumkan buat masa ini tetapi pastinya ia akan dijual selari dengan pelancaran permainan ini September depan. Selain konsol, pakej khas ini juga akan didatangi dengan sekeping cakera permainan MGS V. Kita masih lagi di awal bulan Mac. Masih ada enam bulan untuk mengumpul wang yang secukupnya untuk memiliki edisi khas ini sekiranya ia dijual di Malaysia. Harus kami akui MGS V ialah permainan pertama yang membuatkan kami mahu memiliki konsol terkini dari Sony ini. Anda bagaimana?

PS4-MGS-V-2

 

 


Komen ()