iDesk Laptop Vest : Rompi Komputer Riba Yang Mengikut Bentuk Tubuh

iDesk Laptop Vest : Rompi Komputer Riba Yang Mengikut Bentuk Tubuh

Diterbitkan pada Mac 6, 2015 oleh .

idesk-rompi-1

Terdapat puluhan jenis beg komputer riba di pasaran. Kesemuanya menjanjikan komputer riba yang anda miliki tidak akan rosak ketika dibawa kemana-mana. Masalah yang kami hadapi dengan beg komputer riba ialah ianya terlalu besar. Dari jauh orang boleh melihat anda membawa komputer riba dan ini menjadikan anda sasaran penyamun. iDesk Laptop Vest ialah sebuah rompi dengan rekaan nipis yang mengikut kontur tubuh badan anda. Ianya cukup besar untuk menyimpan sebuah komputer riba 15″ lengkap dengan kesemua aksesori yang diperlukan. Tetikus dan pengecas disimpan pada tali penyandang. Keunikan iDesk ialah ianya cukup kompak dan boleh disorokkan di bawah jaket anda. Sukar sedikit untuk penyamun untuk merentapnya dari tubuh anda. Sekilas pandang anda seperti memakai sebuah baju kalis peluru. Ianya diperbuat dari bahan Neoprene yang juga kalis air yang memastikan komputer riba anda tidak rosak apabila berjalan di dalam hujan. Harga sebuah rompi iDesk ini ialah $25. Sebuah ciptaan mampu milik yang mampu menyelamatkan anda dari dirompak dan nyawa melayang jika diragut.

idesk-rompii-2

 


TIPS & ULASAN