Cari @ Amanz

Monolith-1

Papan lungsur ialah peralatan sukan lasak yang memerlukan anda menolak dengan kaki untuk menggerakkannya. Ianya bolehlah diklasifikasikan sebagai kenderaan paling asas yang boleh anda gunakan di ibu kota. Dengan Monolith, papan lungsur dipintarkan dan bergerak dengan menggunakan kuasa elektrik. Dua roda elektrik dengan motor terbina digunakan dengan pek bateri diletakkan pada tubuh papan lungsur. Kelajuan roda dan sistem brek dikawal dengan menggunakan aplikasi pintar dan ditambat menggunakan Bluetooth. Bagi menjimatkan kuasa bateri, tenaga elektrik boleh dijana semula dengan menggerakkan roda dan menggunakan tenaga haba dari sistem brek. Terdapat juga sebuah slot USB pada bahagian bawah Monolith yang membolehkan anda mengecas peranti pintar anda menggunakan bateri papan lungsung. Menurut pereka Monolith, papan lungsur ini boleh memecut sehingga 39 kilometer sejam dan bergerak sejauh 16 kilometer sebelum perlu dicas semula. Harga jualan papan lungsur elektrik pintar ini ialah $1099 dan ianya sedang mengumpulkan dana melalui Kickstarter.

Monolith2

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd