(Konsep) Kuala Lumpur Signature Tower : Menara Dengan Rekaan Terbalik

(Konsep) Kuala Lumpur Signature Tower : Menara Dengan Rekaan Terbalik

Diterbitkan pada Mac 6, 2015 oleh .

Signature-Tower-KL-1

Menara berkembar Petronas ialah antara menara yang paling terkenal rekaannya. Sungguhpun tidak lagi memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia, menara berkembar ini mudah dikenali kerana tidak banyak menara tinggi dengan rekaan berkembar. Kuala Lumpur Signature Tower ialah sebuah konsep bangunan yang dihasilkan oleh firma BIG untuk 1 Malaysia Development Board. Sekiranya dibina ia akan menjadi mercu tanda baru Bandaraya Kuala Lumpur. Rekaan terbalik ini dihasilkan atas alasan mahu menjadi bangunan peneman menara Petronas.Jika dipandang dari sudut tertentu, Signature Tower boleh memenuhi ruang kosong di antara menara Petronas. Ia bakal mempunyai ruang sebesar 200 000 meter persegi. Selain ruang pejabat ia turut mempunyai apartmen mewah, hotel dan pusat membeli belah. Sebuah rekaan yang unik dan menarik. Jika ianya terbina ianya pasti membuatkan langit Kuala Lumpur semakin meriah.

Signature-Tower-KL-2 Signature-Tower-KL-3


TIPS & ULASAN