Cari @ Amanz

Microsoft telah mengatakan sebelum ini berkenaan dengan penawaran perisian pejabat mereka kepada para pengguna platform OS X, dan bakal hadir dengan Office 2016 untuk Mac pada tahun ini. Kini, sebagai persiapan untuknya, Microsoft telah pun mengeluarkan versi preview untuk membolehkan pengguna mencubanya dahulu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Memandangkan ia merupakan hanya versi Preview, maka ia akan menerima lebih banyak kemaskini berbanding kebiasaan, dan menurut Microsoft, setiap versi akan boleh digunakan selama 60 hari, dan ia juga akan boleh digunakan sehingga hampir sebulan selepas versi akhir dilancarkan.

Office Preview

Office 2016 Preview ini hanya menyokong OS X Yosemite dan terbaru sahaja, serta hadir dengan sejumlah perisian popular, termasuk Word, Excel dan juga PowerPoint

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Office 2016 Preview untuk Mac hari ini, dan melihat sendiri penawaran Microsoft sebelum versi akhir dilancarkan pada pertengahan kedua 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd