Facebook merupakan salah satu laman sosial terkemuka di dunia, dan sejumlah perniagaan dan jenama menggunakan laman tersebut melalui penggunaan Facebook Page. Data daripada laman tersebut turut digunakan untuk mengetahui beberapa perkara mengenai peminat dan pengguna mereka, sekaligus memudahkan lagi mereka mengoptimasikan beberapa perkara.
Namun, salah satu perkara yang sering berlaku adalah dimana pengguna kadang-kala akan “Like” sesuatu halaman, tetapi kelak tidak aktif pada Facebook. Ini sekaligus kadang-kala memberikan data yang kurang tepat untuk sesuatu halaman Facebook memandangkan penggunanya tidak lagi aktif pada perkhidmatan tersebut.
Untuk mengatasi perkara ini, dalam beberapa minggu akan datang, pihak Facebook akan mengemaskini angka “Like” pada semua Facebook Page, dan membuang angka pengguna yang tidak aktif akan dibuang daripadanya.
Ini akan memperlihatkan pengurangan angka Like pada sesuatu Facebook Page, tetapi dari segi kelebihan, ia akan memberikan data yang lebih tepat kepada sesuatu organisasi atau jenama.