Cari @ Amanz

reserve-strap-batteries

Jangka hayat bateri Apple Watch masih lagi menjadi tanda tanya. Beberapa berita yang tertiris mendakwa ia hanya mampu bertahan selama sehari sebelum perlu dicas. Masalah jangka hayat bateri jam pintar yang pendek ini adalah antara salah satu sebab mengapa kami merasakan peranti boleh pakai masih belum popular di kalangan pengguna. Bagi menyelesaikan masalah ini, Reserve Strap dihasilkan dan i mempunyai power bank terbina di dalam tali yang diperbuat daripada silikon. Menurut pereka Reserve Strap, aksesori tambahan mereka ini memberikan penambahan kapasiti bateri sebanyak 100% dan sekaligus memastikan Apple Watch boleh digunakan lebih daripada sehari. Yang menariknya tentang produk ini ialah ianya dihasilkan sebelum Apple Watch dijual di pasaran. Pereka sendiri belum lagi mencuba Apple Watch dengan produk ciptaan mereka. Jika bateri tambahan untuk Apple Watch adalah perlu bagi anda, Reserve Strap kini sedang mengambil pra tempahan.

reserve-strap-inductive-charging

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd