Cari @ Amanz

Go-Sleep-1

Mobile World Congress 2015 Barcelona sudah berakhir dan sidang redaksi Amanz sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Saya sendiri baru pulang ke Malaysia selasa yang lalu dan badan masih cuba menyesuaikan diri dengan sela jet. Dalam perjalanan ke Barcelona pesawat saya transit di Scipol dan saya terpaksa menunggu beberapa jam sebelum menaiki pesawat ke destinasi akhir. Masa yang terluang kami gunakan untuk melakukan kemas kini pada laman. Tetapi melakukan kerja di kawasan awam adalah kurang menyenangkan kerana tiada ruang peribadi. Oleh itu lenggai (pod) berehat Go Sleep dihasilkan. Go Sleep menawarkan ruang simpanan beg dan tempat tidur dengan skrin penutup di lapangan terbang Dubai, Abu Dhabi dan Helsinki. Rekaan tempat duduk Go Sleep menyerupai tempat duduk kelas perniagaan di dalam pesawat. Anda boleh menyewa Go Sleep mengikut jam untuk tidur ataupun melakukan kerja tanpa gangguan orang ramai. Perkhidmatan menyewa tablet juga disediakan sekiranya anda mahu melayari web ketika di dalam lenggai. Caj penggunaan bermula dari $14 sejam. Bayaran yang agak mahal tetapi sekiranya anda terpaksa menanti selama 11 jam seperti yang berlaku kepada Ikhwan dan Nisa minggu lalu, dapat tidur sebelum pesawat tiba ialah jauh lebih bernilai dari kos menyewa Go Sleep.

Go-Sleep-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd