Samsung Menghasilkan Rumah Pintar Untuk Anjing Peliharaan

Samsung Menghasilkan Rumah Pintar Untuk Anjing Peliharaan

Diterbitkan pada Mac 7, 2015 oleh .

Samsung ialah jenama besar yang mempunyai pegangan di dalam industri perkomputeran, peranti pintar, elektronik , perkapalan dan juga ketenteraan. Kini mereka mungkin akan memasuki pasaran perabot mewah untuk haiwan peliharaan pula. Samsung Dream Doghouse ialah konsep untuk rumah anjing pintar. Ia dilengkapi tablet yang memberikan hiburan kepada anjing. Terdapat juga mesin berjalan, kolam berehat dan mesin memberi makan secara automatik. Rumah anjing pintar ini menelan belanja £20 000 untuk dihasilkan. Ia sebenarnya direka untuk pertunjukan anjing Cruft yang berlangsung di United Kingdom di mana Samsung menjadi penaja utama. Harga konsep rumah anjing yang kecil ini lebih mahal dari rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan Malaysia. Sungguh beruntung menjadi anjing di negara dunia pertama. Hidup lebih selesa dari manusia.

samsung_dream_doghouse-1

samsung_dream_doghouse-7


TIPS & ULASAN