Cari @ Amanz

Sony pada Mobile World Congress yang lepas telah memperkenalkan dua peranti baru berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop. Perkara ini sekaligus menjadikan ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah peranti mereka akan menerimanya. Melalui akaun Twitter, pihak Sony mula memberitahu kepada pengguna mereka, kemaskini Lollipop hanya bakal hadir untuk peranti dibawah keluarga Xperia Z sahaja buat masa ini.

Keluarga Xperia

Daripada apa yang dikongsikan Sony ketika Mobile World Congress, peranti Xperia Z3 dijangka akan menerima kemaskini Android 5.0 Lollipop pada bulan ini, malah beberapa peranti Xperia Z3 yang diperlihatkan pada Mobile World Congress telah pun mula menggunakan antaramuka dan kemaskini baru tersebut. Ia tidak lagi diketahui bilakah peranti lain dibawah keluarga Xperia Z akan menerima kemaskini yang sama, dan berapakah beza jarak masa di antara pengenalan kemaskini berkenaan.

Fokus terhadap peranti berspesifikasi besar oleh para pengeluar telah menjadi salah satu trend dikalangan ramai pengeluar. Pihak Samsung dan juga HTC turut seperti tidak akan menawarkan kemaskini untuk peranti berspesifikasi pertengahan mereka. Pihak Asus mengatakan keluarga Zenfone akan menerima kemaskini Android 5.0 pada tahun ini, tetapi masih tiada sebarang berita lanjug mengenainya buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd