Carian
Pengguna Klien WhatsApp Pihak Ketiga Dihalang Akses Sehingga Nyah-Pasang Aplikasi Berkenaan
March 8, 2015 Aman

WhatsApp pada awal tahun ini telah mula menghalang akses kepada beberapa pengguna klien ketiga seperti WhatsAppMD dan beberapa yang lain untuk lebih kurang tiga hari sebelum membenarkan mereka menggunakannya kembali. Namun, selepas seketika, pembangun aplikasi ketiga berkenaan hadir dengan beberapa kaedah untuk mengatasinya.

Kini, WhatsApp dilihat lebih aktif dalam menghalang akses untuk pengguna klien ketiga, dimana kini mereka menghalang akses bukan untuk masa yang terhad, sebaliknya untuk selamanya sehingga seseorang pengguna tersebut membuang aplikasi berkenaan daripada telefon mereka.

Selepas mereka membuang aplikasi berkenaan, akses akan dikembalikan jika pengguna memasang aplikasi WhatsApp.

Pihak WhatsApp mengatakan mereka ingin mengelak pengguna daripada menggunakan aplikasi pihak ketiga memandangkan ia melibatkan beberapa isu lain, termasuk berkaitan dengan sekuriti dan juga privasi.

Komen