Apple Dijangka Mengumumkan Macbook Air 12-inch Bersama-sama Pengumuman Apple Watch Esok

Apple Dijangka Mengumumkan Macbook Air 12-inch Bersama-sama Pengumuman Apple Watch Esok

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

Apple bakal berkongsi lebih lanjut mengenai Apple Watch kelak pada pukul 1.30 pagi esok. Bersama-sama dengannya juga, pihak Apple dijangka membuat kejutan dengan mengumumkan komputer riba terbaru mereka bersaiz 12-inci dibawah keluarga Macbook Air.

Macbook Air bersaiz 12-inci ini dijangka akan membawakan sedikit perubahan dari segi rekabentuk berbanding dengan versi Macbook Air sebelum ini – tetapi pada masa yang sama mengekalkan rekaan yang nipis dan ringan. Macbook Air 12-inci yang baru ini juga dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Intel terbaru, selain turut dilengkapi dengan sokongan USB Type-C yang telah mula diimplementasikan pada beberapa gajet.

Walaubagaimanapun, tarikh jualannya dijangka akan berlaku antara April ke Jun dan tidak akan dijual serta-merta seperti beberapa produk Apple yang lain sebelum ini.


TIPS & ULASAN