Gimik peranti yang mampu mengambil gambar serta video di dalam format 3D popular pada peranti Android sekitar tahun 2011. HTC Evo 3D dan LG Optimus 3D ialah dua peranti yang memasuki pasaran Malaysia. Harus kami akui gimik peranti 3D ini tidak bertahan lama dan akhirnya dihentikan kerana tidak mendapat sambutan dari pengguna. Tetapi ini tidak menghalang Stesco dari dihasilkan untuk kegunaan iPhone 6, 5 dan 5S. Stesco ialah alat yang menyambungkan dua peranti iPhone untuk mengambil gambar serta video 3D. Apabila dua telefon dipasang secara serentak, aplikasi khas Stesco akan mengubah gambar serta video yang diambil ini menjadi format 3 dimensi. Alat ini akan dilancarkan di Kickstarter bagi penghasilan secara besar-besaran. Nampaknya seperti pengguna peranti saiz phablet, peminat peranti Apple juga kini mula berjinak-jinak dengan inovasi yang telah lapuk dikalangan pengguna Android, Selamat datang ke tahun 2011.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.