Cari @ Amanz

Beberapa syarikat telekomunikasi telah pun sedia menawarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus melalui pakej telekomunikasi mereka. Kini, selang beberapa bulan, pihak U Mobile turut sama menambah peranti tersebut dibawah penawaran mereka, dan kini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk telefon pintar Apple berkenaan.

U Mobile iPhone

Pihak U Mobile masih tidak mengeluarkan harga tawaran mereka untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus daripada mereka. Sebaliknya, pihak U Mobile mengatakan mereka akan menawarkan harga paling rendah untuk peranti berkenaan, selain turut menawarkan pakej sama untuk pelanggan prabayar.

U Mobile akan membuka pendaftaran minat untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini daripada hari ini sehingga 16 Mac kelak, dan kita mungkin akan mendengar mengenai harga tawaran mereka selepas itu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd