Asus Malaysia Menjadualkan Acara Pada 24 Mac Untuk Pelancaran Transformer Book Chi

Asus Malaysia Menjadualkan Acara Pada 24 Mac Untuk Pelancaran Transformer Book Chi

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

Asus Malaysia 24 MacPada acara CES 2015 yang lepas, pihak Asus telah memperkenalkan salah satu komputer riba hibrid dua-dalam-satu yang terbaru daripada mereka, dibawah nama Transformer Book Chi. Setelah diumumkan pada Januari lepas, kini Asus Malaysia dilihat merancang pelancarannya di Malaysia, dan menjadualkan acara khas untuknya pada 24 Mac kelak.

Asus Transformer Book Chi hadir dalam beberapa variasi, dan untuk pasaran Malaysia kita mungkin akan dapat melihat Asus Transformer Book T300 Chi ditawarkan. Ia menggunakan cip pemprosesan Intel Core M terbaru, dan membawakan skrin bersaiz 12.5-inci.

Pada masa yang sama, komputer riba yang turut bleh digunakan sebagai tablet ini turut hadir dengan pilihan memori 4GB RAM atau 8 GB RAM, dan dilengkapi ruangan storan 128GB. Ia tidak diketahui lagi sama ada versi penawaran di Malaysia akan menggunakan spesifikasi yang serupa atau hadir dengan penawaran spesifikasi yang berbeza.

Ia tidak diketahui lagi sama ada model Chi lain turut akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 24 Mac kelak untuk melihat sendiri apakah yang akan ditawarkan oleh Asus Malaysia.


TIPS & ULASAN