D Free – Alat Memberi Amaran Awal Untuk Anda Pergi Ke Tandas
Artikel Berkaitan

D Free – Alat Memberi Amaran Awal Untuk Anda Pergi Ke Tandas

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

D Free

D Free ialah alat yang mengesan pergerakan usus anda dan kemudian memberi amaran untuk anda ke tandas untuk menyahtinja. Alat ini mungkin kedengaran seperti sesuatu yang wujud hanya di dalam dunia TechTroll tetapi sebenarnya tidak. D Free dicipta untuk membantu warga tua, individu lumpuh ataupun mereka yang mengalami mengawal pembuangan air. Alat ini terdiri daripada pengesan yang dipasang pada perut pengguna. Ia kemudian mengesan pergerakan pada usus besar dan pundi kencing. Apabila pergerakan dikesan ia akan menghantar isyarat kepada aplikasi peranti pintar. D Free dapat memberi amaran seawal 10 minit sebelum anda perlu ke tandas. Bagi warga tua dan pengguna kerusi roda D Free akan memudahkan mereka terus mencari tandas dan mengelakkan penggunaan lampin dewasa. Buat masa ini alat ini masih mengumpul dana dan hanya akan dijual di Jepun dan Amerika Syarikat. Sambutan adalah amat menggalakkan di Jepun kerana negara ini mempunyai jumlah penduduk berumur paling tinggi di dunia.


TIPS & ULASAN