Moto 360 – Jam Tangan Berasaskan Android Wear Dengan Skrin Bulat Berharga RM899 Di Malaysia

Moto 360 – Jam Tangan Berasaskan Android Wear Dengan Skrin Bulat Berharga RM899 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

Moto 360 merupakan salah satu jam tangan pintar berasaskan Android Wear yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ketika pengenalannya, ia menerima pelbagai reaksi positif, memandangkan ia merupakan antara jam tangan pintar Android Wear terawal yang menggunakan skrin berbentuk bulat.

Terkini, pihak Brighstar dilihat telah pun mula menawarkan jam tangan pintar ini secara rasmi melalui pengedar rasmi mereka seluruh negara. Untuk pasaran Malaysia, Moto 360 membawakan tanda harga RM899, dan terdapat beberapa penjual yang turut menawarkannya pada harga sedikit rendah jika membelinya bersama-sama Moto X yang baru.

Moto 360

Dari segi spesifikasi, Moto 360 membawakan skrin bersaiz 1.5-inci dengan rekaan bulat, memori 512MB RAM, ruangan storan 4GB, dan bateri berkapasiti 320mAh. Jam tangan ini turut dilengkapi dengan sokongan mikrofon untuk menggunakan sokongan input suara dan Google Now, selain turut dilengkapi sensor untuk memantau kadar denyutan jantung.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan jam tangan pintar Moto 360 ini daripada para pengedar rasmi Brightstar seluruh negara, dan menjadi antara yang menggunakan jam tangan berasaskan Android Wear di Malaysia.


TIPS & ULASAN