Maxis Menawarkan Pakej WhatsApp Tanpa Had Dan Data 200MB Pada Harga RM18 Untuk Pelanggan Terpilih

Maxis Menawarkan Pakej WhatsApp Tanpa Had Dan Data 200MB Pada Harga RM18 Untuk Pelanggan Terpilih

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

Maxis kadang-kala hadir dengan promosi khusus untuk sesuatu bulan, dan paling terkini, pada bulan ini sehingga 31 Mei kelak, Maxis hadir dengan promosi khusus memfokuskan kepada para pelanggan pascabayar. Melalui promosi baru ini, Maxis menawarkan langganan pakej data sebanyak 200MB dan penggunaan WhatsApp tanpa had pada harga RM18 sebulan.

Walaubagaimanapun, promosi ini tidak ditawarkan untuk semua pelanggan pascabayar, tetapi sebaliknya untuk mereka yang terpilih sahaja. Pihak Maxis mengatakan mereka akan memberitahu pelanggan terpilih melalui SMS, ataupun mereka boleh menyemak melalui menu Whats New pada talian #100* pada telefon pintar mereka.

Maxis March Promo

Untuk pakej langganan 200MB ini, pihak Maxis akan mengurangkan kelajuan internet sebaik sahaja penggunaan data melangkaui 200MB, tetapi mereka masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Jadi, bagi anda, adakah pakej ini menarik dan berbaloi, ataupun tidak untuk anda?


TIPS & ULASAN