Carian
Oppo Dikatakan Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Bersama-sama Sokongan Pengecasan Pantas
March 9, 2015 Aman

Oppo sedia sinonim dengan sokongan pengecasan pantas. Mereka telah memperkenalkan teknologi mereka tersendiri dinamakan VOOC yang diimplementasikan pada sejumlah telefon pintar mereka. Kini, mengikut laporan awal, Oppo dikatakan mungkin turut hadir dengan jam tangan pintar yang menggunakan sokongan serupa.

Apa yang menariknya mengenai sokongan pengecasan pantas pada jam tangan pintar Oppo ini adalah ia dikatakan mampu mengecas penuh dalam masa lebih kurang 5 minit. Ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini benar ataupun sebaliknya, memandangkan pihak Oppo masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.

Oppo Watch

Oppo sebelum ini telah memperkenalkan Oppo O-Band, maka penyertaan mereka dalam arena jam tangan pintar mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan. Laporan sama juga mengatakan pihak Oppo mungkin menggunakan sistem operasi Android Wear untuknya, lebih kurang seperti yang dilakukan rakan senegara mereka Huawei dengan Huawei Watch.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo akan memperkenalkannya. Jika dalam masa terdekat ini, mungkin kita dapat melihat sesuatu kejutan daripada Oppo ketika pelancaran Find 9 kelak.

Komen