Looksery Membolehkan Anda Menambah Beberapa Kesan Khas Menarik Pada Wajah

Looksery Membolehkan Anda Menambah Beberapa Kesan Khas Menarik Pada Wajah

Diterbitkan pada Mac 9, 2015 oleh .

Terdapat sejumlah aplikasi yang menawarkan anda menambah beberapa kesan khas menarik pada wajah. Salah satu aplikasi yang baru kami temui dan dilihat agak menarik serta berbeza adalah Looksery.

Looksery

Looksery ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS. Looksery akan mengimbas bentuk wajah anda dan menambah beberapa kesan khas mengikut apa yang dipilih oleh pengguna. Sebagai contoh, anda boleh menambah penuras yang dinamakan “Monster”, dan ia akan menambah efek berbentuk menakutkan pada wajah anda. Beberapa perkara yang lain yang turut ditawarkan adalah untuk menjadikan wajah anda lebih gemuk, lebih kurus, menjadikan mata lebih bulat, menambah efek api, menambah efek cinta, dan sejumlah perkara lain.

Looksery

Anda juga turut boleh merakamkan video menggunakan aplikasi ini, dan berkongsi hasil anda bersama-sama dengan pengguna lain melalui Instagram, dan beberapa laman sosial yang lain.

Looksery

Bagi anda yang mempunyai masa terluang, dan ingin bermain dengan kamera hadapan pada telefon atau tablet anda, mungkin boleh mencuba Looksery ini hari ini.

Muat-Turun Looksery untuk Android

Muat-Turun Looksery untuk iOS


TIPS & ULASAN