Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengambil pentas utama dalam mengumumkan beberapa produk baru mereka, dan semestinya yang menjadi fokus utama adalah Apple Watch – jam tangan pintar daripada Apple. Berkongsi mengenainya, Apple memperlihatkan beberapa fungsi yang dibawakan oleh jam tangan pintar berkenaan.

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch

Pada Apple Watch, pengguna boleh mengikuti pelbagai notifikasi, selain pada masa yang sama menjawab panggilan, mengikuti kemaskini daripada aplikasi, membuat arahan suara Siri, memantau kecergasan, dan semestinya – melihat waktu semasa.

Apple Watch

Menurut Tim Cook, Apple Watch membawakan masa bertahan bateri sepanjang hari, tetapi menurut beliau, masa penggunaan tipikal adalah 18 jam. Namun, kami masih kurang pasti adalah masa 18 jam tersebut meliputi penggunaan pelbagai aplikasi seperti yang diperlihatkan oleh Apple.

Untuk pengecasan, ia menggunakan sebuah dock khusus. Pengguna juga perlu menghubungkan ia kepada telefon pintar untuk berfungsi sepenuhnya – termasuk untuk memasang aplikasi.

Apple menawarkan tiga edisi Apple Watch, iaitu Apple Watch Sport yang bermula harga $349, Apple Watch bermula harga $549 dan Apple Watch Edition yang berharga $10,000.

Apple akan mula menjual Apple Watch bermula 24 April ini, dimana ia akan mula dijual secara berperingkat di beberapa buah negara mengikut fasa seperti penjualan iPhone.

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd