Apple Menyenaraikan Macbook 12-inci Baru Pada Harga Bermula RM4499 Di Malaysia

Apple Menyenaraikan Macbook 12-inci Baru Pada Harga Bermula RM4499 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 10, 2015 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan komputer riba terbaru daripada mereka, menggunakan nama hanya Macbook dan hadir dengan skrin bersaiz 12-inci dan paparan resolusi tinggi. Kini, selesai sahaja pengumuman Apple tamat, pihak Apple telah pun menyenaraikan komputer riba terbaru tersebut di Apple Store Malaysia.

Melalui apa yang disenaraikan, model asas yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.1Ghz, memori 8GB RAM, grafik Intel HD Graphics 5300 dan storan 256GB SSD dijual pada harga RM4499.

Apple Macbook 12-inci Malaysia

Variasi dengan spesifikasi lebih tinggi, iaitu penambahan storan kepada 512GB dan juga cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.2GHz pula disenaraikan pada harga RM5499.

Kedua-duanya masih belum dijual lagi, dan pihak Apple mengatakan ia kini menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum mula dijual.

Apple menjadualkan untuk menjual Macbook baru ini bermula bulan hadapan, dan berkemungkinan tarikh jualan Malaysia tidak jauh berbeza dengan penawaran global.


TIPS & ULASAN