Apple hari ini telah memulakan acara pengumuman beberapa produk baru mereka dengan pengumuman berkaitan dengan Apple TV. Apple TV merupakan salah satu peranti yang membolehkan pengguna strim kandungan seperti gambar, video, muzik dan sebagainya terus ke kaca televisyen.
Ia telah mula dijual di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dan dengan pengumuman hari ini, Apple telah menurunkan harga jualannya berbanding sebelum ini.
Kini, Apple TV ditawarkan pada harga RM279 di Malaysia. Memandangkan ia masih merupakan model lama, maka stok untuknya tersedia di Apple Store Malaysia, dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya. Namun, hendaklah diambil perhatian, beberapa kandungan adalah khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, termasuk HBO Now yang diumumkan oleh pihak Apple.