Cari @ Amanz

Nampaknya, bukan iPhone sahaja yang dilihat mengalami kenaikkan harga, sebaliknya komputer riba Apple, iaitu Macbook Air dan juga Macbook Pro juga turut mengalami kenaikkan harga – bersama-sama dengan pengenalan kemaskini spesifikasi untuknya.

Macbook Air

Macbook Air

Macbook Air

Macbook Air

Macbook Air kini dijual pada harga bermula RM3199 berbanding dengan harga RM2899 sebelum ini. Semua penawaran Macbook Air kini dikemaskini dengan sokongan cip pemprosesan Intel Core i5 yang terkini selain dilengkapi sokongan Thunderbolt 2. Disamping itu, untuk Macbook Air versi 13-inci, pihak Apple turut menyertakan storan yang lebih pantas berbanding versi sebelumnya.

Untuk Macbook Pro pula, model asas kini membawakan tanda harga RM3799 (berbanding RM3499 sebelum ini). Untuk model ini, selain melengkapkan kemaskini cip pemprosesan Intel Core i5 dan juga Thunderbolt 2, pihak Apple juga turut menambah sokongan Force Touch trackpad seperti mana pada Macbook 12-inci baru. Namun, sokongan ini hanya hadir pada model 13-inci Retina sahaja buat masa ini.

Macbook Air

Macbook Pro

Dengan perubahan drastik yang dibawakan oleh model Macbook 12-inci yang baru, mungkinkah Macbook Air dan Macbook Pro yang dijual ini akan menjadi antara model terakhir yang dilengkapi pelbagai port – sebelum Apple beralih sepenuhnya kepada penggunaan USB Type-C?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd