Zeaplus Watch : Klon Apple Watch Dengan Kamera Terbina

Zeaplus Watch : Klon Apple Watch Dengan Kamera Terbina

Diterbitkan pada Mac 10, 2015 oleh .

Zeaplsu-Watch1Tarikh jualan Apple Watch baru sahaja diumumkan pagi tadi dan ia sudahpun mempunyai klon yang meniru rekabentuknya. Zeaplus Watch ialah jam pintar yang mungkin mensasarkan individu yang tidak mampu memiliki Apple Watch tetapi masih mahu kelihatan seperti memilikinya. Jam pintar ini diperbuat daripada aluminium. Spesifikasinya masih belum diketahui tetapi Zeaplus berkata ia sesuai digunakan dengan peranti IOS dan Android. Fungsi asas seperti pedometer, pengesan nadi dan tambatan kepada peranti pintar disokong oleh peranti ini. Tidak seperti Apple Watch, jam pintar klon ini boleh melakukan panggilan telefon tanpa tambatan ke peranti pintar kerana mempunyai slot SIM. Ia turut mempunyai sebuah kamera 2 Megapixel pada bahagian bawah. Ini bermakna anda perlu menanggalkan Zeaplus Watch untuk mengambil gambar.

Tidak seperti Apple Watch, anda tidak perlu menunggu sehingga bulan April untuk memilikinya kerana ia akan dijual hujung bulan ini. Selain Apple Watch, Zeaplus sebelum ini turut menghasilkan klon Samsung Galaxy Gear bernama Zeaplus Watch G2

Zeaplus-Watch-2

 


TIPS & ULASAN