Asus Memperkenalkan Aksesori ZenFlash Yang Menambah Cahaya Xenon Flash Ketika Rakaman

Asus Memperkenalkan Aksesori ZenFlash Yang Menambah Cahaya Xenon Flash Ketika Rakaman

Diterbitkan pada Mac 10, 2015 oleh .

Pada awal tahun ini, kita dapat melihat Lenovo memperkenalkan aksesori mereka yang menambah cahaya ketika rakaman selfie. Kini, Asus turut hadir dengan aksesori yang lebih kurang sama, iaitu ZenFlash.

Asus Zenflash

Asus ZenFlash menambah cahaya Xenon Flash untuk rakaman gambar anda, dan ia dihubungkan ke peranti mudah-alih melalui sambungan USB On-The-Go (melalui ruangan mikro-USB). Asus sekadar mengatakan ia menawarkan cahaya lebih 400 kali ganda terang berbanding penggunaan Flash biasa, dan tidak berkongsi sebarang info tambahan lain mengenainya.

Selain Asus ZenFlash, pihak Asus turut memperkenalkan LolliFlash yang berbentuk bulat dan dihubungkan melalui ruangan headphone jack – sama seperti apa yang ditawarkan Lenovo. Namun, ia tidak berfungsi mengikut rakaman anda, sebaliknya akan bercahaya sepanjang masa selepas anda menghubungkannya.

Asus masih belum mengumumkan lagi berkenaan bilakah kedua-dua aksesori ini akan dijual, dan berapakah harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN