Cari @ Amanz

Googel-Translate-1Semalam heboh di laman sosial di imej yang menunjukkan perkataan “Islam ada kejayaan” berubah menjadi “Islam no success”  apabila menggunakan perkhidmatan alih bahasa Google Translate. Ia menimbulkan kemarahan beberapa pengguna beragama Islam Malaysia. Ada yang mengatakan ianya konspirasi jahat untuk merendahkan agama Islam. Tetapi kami sedari apabila menukar agama Islam kepada agama-agama lain masalah sama tetap berlaku. Jadi ada kesilapan mengalih bahasa perkataan ada menjadi no di pangkalan data Google. Menyedari kontroversi ini pihak Google Malaysia mengeluarkan kenyataan akan memperbaiki kesilapan ini pada kadar segera. Kami baru sahaja mencuba Google Translate sebentar dan nampaknya kesilapan ini sudah diperbaiki.

Apa yang berlaku di sini mengingatkan kami kepada apa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Apabila anda melakukan carian imej beruk, Google akan memaparkan imej Khairy Jamaludin. Sebuah gurauan nakal yang mendatangkan kesan yang negatif.

Googel-Translate-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd