Kemaskini GTA Online: Heist Sedia Dimuat-turun Hari Ini

Kemaskini GTA Online: Heist Sedia Dimuat-turun Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 10, 2015 oleh .

Sekiranya anda telah bermain permainan Grand Theft Auto V (GTA:V), terdapat beberapa misi yang memerlukan anda untuk melakukan siri jenayah berkumpulan dan memerlukan persediaan yang rapi. Grand Theft Auto Online (GTA:O) telah beroperasi sejak tahun lepas namun tidak mempunyai misi seumpamanya. Pada hari ini, pemain GTA:O boleh memuat turun kemaskini Heist, yang membolehkan anda melakukan misi jenayah berkumpulan dengan rakan-rakan diatas talian.

Berbeza dengan misi-misi lain yang telah ada didalam GTA:O, misi dari Heist memerlukan perancangan yang rapi dan pemain bakal diberikan tugas mengikut pembahagian dan keputusan ketua pasukan. Sebagai contoh sekiranya pemain tertentu handal membawa kapal terbang, maka ketua pasukan memberikan tugas untuk mencuri kapal terbang kepadanya. Sekiranya seorang pemain handal dalam tembakan jarak jauh, mungkin tugasnya adalah untuk memantau dan memastikan keselamatan pemain lain yang sedang melakukan rompakan. Terdapat juga misi dimana seorang pemain perlu menggunakan telefon pintar dalam permainan hanya untuk memberikan lokasi dan memberikan arahan tersebut kepada pemain yang lain.

Kemaskini ini boleh dimuat-turun hari ini dan fail kemaskini adalah sebesar 4.75 GB. Dengan kemaskini sebegini, ia semestinya memberikan lebih kepelbagaian aktiviti untuk pemain-pemain GTA: Online yang inginkan misi-misi baru dari Rockstar


TIPS & ULASAN