Zackees : Sarung Tangan Menunggang Dengan Lampu Isyarat Terbina

Zackees : Sarung Tangan Menunggang Dengan Lampu Isyarat Terbina

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Apabila membaca akhbar kerap kali kami membaca cerita penunggang motosikal dan basikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lakukan sahaja carian Google dan anda akan sedari kemalangan melibatkan penunggang basikal dan motosikal akibat dirempuh adalah sangat kerap berlaku. Antara sebab kemalangan berlaku ialah pemandu kenderaan beroda empat (dan lebih) tidak dapat melihat penunggang kenderaan beroda dua dengan jelas. Ini terutamanya pada waktu malam. Kedudukan lampu isyarat pada motosikal terlalu rendah dan tidak cukup besar. Penunggang basikal pula tidak mempunyai lampu isyarat terbina dan terpaksa melakukan isyarat tangan.

Zackess LED Turn Signal Gloves cuba menyelamat nyawa penunggang kenderaan beroda dua. Ia mempunyai lampu isyarat terbina pada bahagian atas sarung tangan. Terdapat dua plat sesentuh di antara ibu jari dan jari telunjuk. Apabila ianya bersentuhan lampu isyarat akan berkelip secara automatik. Menurut pereka, sarung tangan mereka ini boleh berfungsi selama dua bulan sebelum perlu digantikan. Terdapat juga sistem pemasa yang akan mematikan kelipan lampu selepas beberapa saat digunakan bagi menjimatkan bateri. Zackess Led Turn Signal Gloves dijual pada harga $85 sepasang.

Zackees-LED-2

 


TIPS & ULASAN