Opera Membawakan Sokongan Sync Bookmark Antara Desktop Dan Peranti Mudah-Alih

Opera Membawakan Sokongan Sync Bookmark Antara Desktop Dan Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 10, 2015 oleh .

Opera telah menguji sokongan sync antara desktop dan aplikasi Android beberapa bulan lepas dalam bentuk beta. Kini, selepas melalui fasa ujian, Opera menawarkannya pada saluran stabil pelayar web mereka, dan pada masa yang sama turut membawakan sokongan sama kepada pengguna peranti iOS.

Menggunakan fungsi ini, pengguna Opera pada desktop sama ada Windows, Mac atau Linux, boleh mengakses bookmark atau URL yang disimpan pada desktop mereka terus pada peranti mudah-alih menggunakan Opera pada Android atau iOS dengan mudah.

Opera Sync

Untuk menggunakannya, pengguna perlu ke halaman tetapan pada pelayar web Opera mereka, dan mendaftar masuk menggunakan akaun Opera. Seterusnya, ia akan sync antara penggunaan desktop dan peranti mudah-alih anda, sekaligus memudahkan lagi proses pelayaran web anda.

Fungsi sync seperti ini juga turut telah tersedia pada pelayar web Firefox dan juga Google Chrome, dan penambahan Opera pada pelayar web versi baru mereka ini semestinya sesuatu yang digemari ramai.

Muat-Turun Opera


TIPS & ULASAN