Pengguna Honor 6? Kemaskini EMUI 3.0 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Pengguna Honor 6? Kemaskini EMUI 3.0 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama subsidiari dibawah Huawei, dan pada tahun lepas mereka telah menawarkan sejumlah telefon pintar untuk pasaran tempatan, dan salah satu telefon pintar berspesifikasi tinggi yang ditawarkan pada harga rendah adalah Honor 6. Kini, selang beberapa bulan selepas penawarannya, kini pihak Honor Malaysia telah mula menawarkan kemaskini EMUI 3.0 kepada pengguna tempatan.

EMUI 3.0 membawakan kemaskini dari segi antaramuka. Huawei telah memperkenalkan EMUI 3.0 bersama-sama pengenalan Huawei Ascend Mate 7 tahun lepas. Melaluinya, ia membawakan penggunaan antaramuka yang selari pada pelbagai aplikasi dan boleh diakses dengan menatal ke kiri dan kanan. Disamping itu, ia juga turut membawakan kemaskini dari segi rekaan ikon, tema dan sebagainya. EMUI 3.0 juga turut menambah sokongan mod penggunaan sebelah tangan, dan juga panel notifikasi pintar.

Bagi anda yang menggunakan peranti Honor 6, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda. Saiz muat-turun kemaskini ini adalah sekitar 400MB, dan mungkin anda ingin menghubungkan peranti ke rangkaian WiFi bagi mengelakkan sebarang caj tambahan pada talian mudah-alih anda.


TIPS & ULASAN