Sony Walkman NW-ZX2 Memfokuskan Pencinta Audio Kini Di Malaysia Pada Harga RM4999

Sony Walkman NW-ZX2 Memfokuskan Pencinta Audio Kini Di Malaysia Pada Harga RM4999

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Sony pada acara CES 2015 yang diadakan awal Januari 2015 lepas telah memperkenalkan salah satu produk dibawah keluarga Walkman mereka memfokuskan kepada para pencinta audio, iaitu Sony Walkman NW-ZX2. Kini, selang dua bulan, pihak Sony Malaysia telah pun melancarkan produk berkenaan secara rasminya di Malaysia.

Sony Walkman NW-ZX2 ini memfokuskan kepada penawaran audio, dan Sony menekankan ia menawarkan pengalaman audio Hi-Res melaluinya, serta memfokuskan kepada mereka yang amat menilai tinggi audio dan kualiti bunyi yang didengar oleh mereka.

Sony Walkman NW-ZX2

Untuk menawarkan kualiti bunyi yang baik, Sony telah melakukan beberapa pengoptimasian, termasuk menggunakan bahan binaan yang membuang sebarang gegaran luar dan menawarkan kualiti bass yang tinggi. Menggunakannya juga, pengguna boleh mendengar kualiti bunyi pada kadar 24bit.192kHz, selain turut dilengkapkan dengan sejumlah teknologi Sony termasuk seperti DSEE HX, S-Master HX dan juga Clear Audio+.

Sony Walkman NW-ZX2 menggunakan Android 4.2, dan hadir dengan ruangan storan sebesar 128GB selain sokongan kad-SD. Bateri pada peranti ini mampu memainkan MP3 selama 60 jam, ataupun muzik Hi-Res selama 33 jam.

Di Malaysia, Sony Walkman NW-ZX2 ditawarkan pada harga RM4999, dan bagi mereka yang membuat pembelian awal, anda akan turut menerima Hi-Res Headphone bernilai RM999 serta 2 Hi-Res Audio Download Card bernilai RM78 setiap satu.

Sony Walkman NW-ZX2


TIPS & ULASAN