Pemegang Saham Apple Bertanyakan Kemungkinan Apple Membeli Tesla

Pemegang Saham Apple Bertanyakan Kemungkinan Apple Membeli Tesla

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Akhir-akhir ini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Apple berminat dalam arena automotif, dan telah mempunyai pasukan khusus yang membangunkan kenderaan elektrik tersendiri. Terkini, selepas pengumuman beberapa produk Apple, pada mesyuarat melibatkan pemegang saham, nampaknya terdapat beberapa yang berminat mengetahui pandangan Apple untuk membeli Tesla.

Tesla seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu syarikat automotif elektrik yang sering hadir dengan kenderaan dengan rekaan yang menarik, selain memfokuskan beberapa teknologi disebaliknya.

Melalui pertanyaan pemegang saham terhadap Tim Cook, CEO Apple baru berkenaan tidak menjawab persoalan berkenaan terus, sebaliknya memberikan jawapan lain. Menurut Tim Cook, Apple dan Tesla tiada sebarang hubungan buat masa ini, tetapi beliau berminat sekiranya Tesla menggunakan CarPlay daripada Apple seperti beberapa pengeluar lain.

Seperti semua sedia maklum, Apple merupakan antara syarikat kaya dan mempunyai simpanan kewangan yang tinggi – hampir $178 bilion.

Menurut laporan sebelum ini, Apple dikatakan sedang menyiapkan sepasukan khas yang membangunkan kenderaan elektrik mereka tersendiri, dan telah pun mula menarik sejumlah jurutera dan eksekutif daripada beberapa syarikat terkemuka. Jika benar Apple ke arena pengeluaran automotif, maka mungkin kita akan melihat sesuatu sebelum tahun 2020 kelak.


TIPS & ULASAN