Huawei Akan Memfokuskan Kepada Masa Penggunaan Bateri Melalui Ascend P8?

Huawei Akan Memfokuskan Kepada Masa Penggunaan Bateri Melalui Ascend P8?

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Huawei P8Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka akan melancarkan telefon pintar utama yang baru mereka pada bulan April kelak di London, dan mereka kini dilihat telah mula mengeluarkan beberapa teaser untuknya. Melalui sebuah gambar baru yang dikongsikan di Weibo, Huawei dilihat ingin memfokuskan kepada masa penggunaan bateri pada peranti berkenaan.

Seperti semua sedia maklum, dengan perkembangan arena telefon pintar, masa penggunaan bateri telah menjadi salah satu fokus utama ramai pengguna dalam membuat pemilihan. Buat masa ini, salah satu peranti yang menawarkan masa penggunaan bateri yang lama – sehingga 2 hari adalah Sony dengan Xperia Z3 mereka.

Huawei Ascend P8 atau mungkin dikenali sebagai Huawei P8 ini kelak dikatakan akan menggunakan skrin pada resolusi 1080p, dan dilengkapi cip pemprosesan keluaran mereka sendiri – HiSilicon Kirin 930. Ia tidak diketahui bagaimanakah penawaran bateri daripada mereka kelak. Dengan teaser memperlihatkan bateri ini, semestinya ramai tertanya-tanya sama ada Huawei akan mengoptimasikan daripada masa penggunaan, ataupun menawarkan sesuatu peranti dengan pengecasan pantas.

Dengan Huawei yang sebelum ini menerima pujian ramai dengan Ascend Mate 7 dan juga Honor 6, selain jam tangan pintar baru mereka Huawei Watch yang kelihatan amat menarik, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah rekaan telefon pintar baru daripada gergasi pengeluar telefon dari China ini.


TIPS & ULASAN