Popsicase : Cangkerang iPhone Dengan Kayu Selfie Terbina

Popsicase : Cangkerang iPhone Dengan Kayu Selfie Terbina

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Popsicase2Kayu selfie kini digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia. Penggunanya kini diharamkan di beberapa stadium dan muzium dunia kerana ia mendatangkan risiko keselamatan kerana boleh digunakan sebagai senjata. Oleh sebab itu apakah terjadi jika anda perlu mengambil gambar selfie tetapi tidak dibenarkan membawa kayu selfie? Popsicase ialah jawapan kepada masalah dunia pertama anda ini. Ia merupakan sebuah cangkerang iPhone yang mempunyai fungsi kayu selfie terbina. Pemegang panjang pada bahagian belakang cangkerang boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Kini anda boleh mengambil gambar selfie dengan aman tanpa perlu risau ianya tertinggal di rumah. Ia diperbuat daripada bahan plastik dan mempunyai beberapa pilihan warna pastel yang cantik.

Buat masa ini Popsicase dihasilkan khas untuk iPhone 6 dan 5S. Terdapat perancangan untuk peranti Android tetapi ianya perlu ditempah khas kerana rekaan bentuk peranti yang berbeza. Harga jualan Popsicase ialah $25 sebuah.

 

 


TIPS & ULASAN