Acer Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 23 April – Mungkinkah Komputer Baru?

Acer Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 23 April – Mungkinkah Komputer Baru?

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Acer pada Mobile World Congress yang diadakan minggu lepas telah memperkenalkan sejumlah produk baru, termasuk gelang tangan pintar dan juga telefon pintar berasaskan Windows Phone. Kini, selang seminggu selepas MWC, pihak Acer telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bagi sebuah acara yang dijadualkan pada 23 April kelak di New York.

Acer April 23

Apakah yang bakal diumumkan oleh Acer masih tidak diketahui, tetapi memandangkan ia merupakan pengumuman global, maka mungkin kita akan melihat beberapa pengumuman produk baru daripada syarikat Taiwan ini.

Oleh kerana Acer telah sedia memperkenalkan produk mudah-alih seperti telefon mereka pada MWC, maka berkemungkinan besar kita akan dapat melihat penawaran dari segi komputer riba dan desktop pada acara ini kelak.

Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat kejutan menarik daripada Acer pada 23 April kelak?


TIPS & ULASAN