Google Play Books Hadir Dengan Promosi Buku Digital Pada Harga Serendah RM1

Google Play Books Hadir Dengan Promosi Buku Digital Pada Harga Serendah RM1

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Google telah mula menawarkan buku dan majalah digital di Malaysia melalui Google Play Books sejak sebelum ini, selain turut telah memperlihatkan senarai buku yang hangat dijual melaluinya. Kini, dalam usaha menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan mereka, Google turut hadir dengan sebuah promosi terhad dinamakan “Throwaway Price“.

Google Play Books

Melalui promosi ini, Google menawarkan sejumlah buku yang diterbitkan penerbit tempatan pada harga serendah RM1, dan harga maksima untuk buku dibawah penawaran ini adalah RM5. Terdapat beberapa buku yang ditawarkan oleh promosi ini adalah antara buku yang lama dan mungkin kurang relevan pada masa kini, tetapi terdapat sejumlah buku motiviasi, informasi dan novel yang turut ditawarkan melalui promosi ini – yang mungkin boleh anda semak.

Bagi anda yang gemar membaca buku digital, dan ingin menambah koleksi buku digital anda, mungkin boleh menyemak promosi terhad ini, dan mendapatkan apa yang diminati anda.

Layari : Promo Google Play Books


TIPS & ULASAN