Nokia HERE Maps Diterbitkan Semula Untuk iPhone – Menyertakan Sokongan Offline

Nokia HERE Maps Diterbitkan Semula Untuk iPhone – Menyertakan Sokongan Offline

Diterbitkan pada Mac 11, 2015 oleh .

Nokia telah memperkenalkan HERE Maps untuk Android beberapa bulan yang lepas, dimana ia membawakan sokongan peta, navigasi dan juga penggunaan peta offline melaluinya. Kini, aplikasi dengan fungsi sama turut diterbitkan untuk platform iOS, membolehkan pengguna iPhone memuat-turun dan menggunakannya.

Nokia HERE Maps

Melalui HERE Maps untuk iOS, pengguna juga turut boleh mengetahui pelbagai perkara tambahan, termasuk keadaan trafik semasa, selain melihat lokasi-lokasi menarik berdekatan mengikut kategori.

Menjadi salah satu kelebihan pada HERE Maps adalah sokongan offline, yang mana membolehkan para pengguna memuat-turun peta sesebuah negara, dan menyimpannya untuk digunakan walaupun tanpa akses internet.

HERE Maps iPhone

Dengan pengenalan untuk platform iOS ini kembali, ia sekaligus menawarkan fungsi HERE Maps pada pelbagai platform utama. Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turun HERE Maps hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam tujuan navigasi dan melihat peta menggunakannya.

Muat-Turun HERE Maps untuk iOS


TIPS & ULASAN