Carian
Google Mengemaskini Chromebook Pixel – Kini Hadir Dengan Dua Port USB Type-C
March 12, 2015 Aman

Google hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada komputer riba berasaskan ChromeOS mereka, iaitu Chromebook Pixel. Chromebook Pixel generasi baru ini membawakan beberapa kemaskini berbanding versi yang telah diperkenalkan lebih kurang dua tahun yang lepas.

Dari segi spesifikasi, kini ia hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5, memori 8GB RAM dan ruangan storan 32GB – selain versi dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Chromebook Pixel mengekalkan sokongan skrin sentuh resolusi tinggi, dan menawarkan masa penggunan bateri sehingga 12 jam, dan sokongan pengecasan pantas pada Chromebook Pixel membolehkan anda mengecas penggunaan untuk 2 jam dalam masa lebih kurang 15 minit.

Salah satu perubahan besar pada rekaan adalah penggunaan port USB Type-C pada Chromebook Pixel baru ini. Menggunakan port tersebut, anda boleh mengecas komputer riba berkenaan, selain turut sama digunakan untuk menyambungkan pelbagai kabel baru.

Seperti versi asal, penawaran Chromebook Pixel ini masih terhad kepada Amerika Syarikat sahaja, dan ia dijual pada harga bermula $999 untuk versi biasa.

Komen