Samsung Melancarkan Mesin Basuh Activ Dualwash Di Malaysia – Harga Bermula RM1499

Samsung Melancarkan Mesin Basuh Activ Dualwash Di Malaysia – Harga Bermula RM1499

Diterbitkan pada Mac 12, 2015 oleh .

Jika anda kerap membasuh kain sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan dobi, kadangkala anda perlu merendam dan menggosok kain baju didalam baldi yang lain sebelum memasukkannya kedalam mesin basuh. Perihal ini menimbulkan masalah dari segi masa dan tenaga. Dalam menampilkan inovasi terbaru yang menyelesaikan masalah sebegini, hari ini Samsung Malaysia telah memperkenalkan keluarga mesin basuh terbaru mereka iaitu siri Activ Dualwash.

Siri mesin basuh Activ Dualwash ini mempunyai ruang sinki yang mempunyai pancutan air dan permukaan menggosok, membolehkan ia direndam dan pada masa yang sama membolehkan pengguna melakukan gosokan terhadap kain. Sesudah proses rendaman, pengguna hanya perlu menuangkan kain rendaman dan baju kedalam mesin tersebut secara terus. Jika kebiasaannya pengguna perlu merendam baju kotor didalam baldi di luar mesin basuh dan menuangnya kedalam ruangan pembasuhan, proses tersebut memakan masa dan tenaga serta ruang. Dengan mesin basuh Activ Dualwash, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. 

Antara fungsi lain termasuklah Magic Dispenser. Sekiranya mesin basuh anda mempunyai slot kemasukan sabun yang berkeladak kerana sisa-sisa sabun yang tertinggal, pada mesin basuh ini terdapat kipas yang akan mengocakkan air sekaligus membersihkan slot tersebut. Selain itu mesin ini juga mencegah kain dari bergulung dan terikat antara satu sama lain semasa proses pembasuhan dengan teknologi Wobble. 

Mesin basuh ini telah mula dijual pada bulan ini pada enam variasi mengikut kapasiti dengan harga bermula RM1,499 untuk model 9kg, dan model dengan kapasiti terbesar 16kg pada harga RM2,999. 


TIPS & ULASAN