Honor 4x telah diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun lepas, dan kini nampaknya peranti berkenaan mungkin hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Honor Malaysia, melalui VMall telah pun memulakan proses pra-daftar minat untuk peranti berkenaan.
Honor 4x merupakan telefon pintar mampu-milik, hadir dengan cip pemprosesan Kirin 620 64-bit, memori dengan variasi 1GB dan 2GB RAM. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3000mAh.
Seperti peranti Honor lain, ia menggunakan antaramuka EMUI 3.0, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.
Harga jualan di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Dengan pihak Honor yang telah memulakan proses pra-daftar minat, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.