Google Memberikan Petanda Pelbagai Peranti Android Akan Hadir Menggunakan Piawaian USB Type-C

Google Memberikan Petanda Pelbagai Peranti Android Akan Hadir Menggunakan Piawaian USB Type-C

Diterbitkan pada Mac 12, 2015 oleh .

Google pada awal hari ini telah memperkenalkan komputer riba terbaru daripada mereka berasaskan ChromeOS, iaitu Chromebook Pixel dengan kemaskini spesifikasi. Salah satu perkara baru yang turut dibawakan pada Chromebook Pixel baru adalah sokongan USB Type-C yang membawakan piawaian USB terbaru dengan kabel yang boleh digunakan pada pelbagai arah.

Nokia N1 USB Type-C

Piawaian terbaru ini telah mula digunakan sejak daripada tahun lepas, dan penggunaannya baru mula diimplementasikan pada sejumlah produk. USB Type-C ini membawakan beberapa sokongan tambahan, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan menghubungkan paparan, data dan beberapa perkara lain. Ini membolehkan satu port digunakan untuk pelbagai perkara, sekaligus memudahkan penggunaan satu jenis port untuk pelbagai tujuan.

USB Type-C juga turut dikatakan membolehkan penjanaan kuasa yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan piawaian sama digunakan untuk kabel komputer riba, mahupun peranti mudah-alih.

Menurut Google, piawaian terbaru ini akan diimplementasikan pada sejumlah komputer riba berasaskan ChromeOS dan Android akan datang – sekaligus membawa penggunaannya setapak kehadapan.

Buat masa ini, salah satu peranti Android yang kami ketahui menggunakan kabel USB Type-C ini adalah Nokia N1, yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak tablet dan telefon pintar menggunakan piawaian sama hadir ke pasaran pada pertengahan kedua 2015 ini.


TIPS & ULASAN